
Terjemahannya: Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabut: 69)
Apakah usaha yang boleh dilakukan oleh ahli akademik dalam memenuhi hasrat agama Islam?
-Menyumbang fikrah kebaikan dan contoh teladan kepada masyarakat awam.
-Mengkaji, menulis artikel dan buku untuk masyarakat mendapat manfaat.
-Menyeru ke arah kebenaran tanpa ada kepentingan peribadi mahupun parti.
-Memahamkan masyarakat Islam dan bukan Islam tentang Islam.
Semua usaha ini perlu dilakukan dengan tekun, pelan teliti, ikhlas dan sabar bagi manfaat dan impaks sebenar.
Manfaat yang Allah jamin dari usaha yang sedemikian?
-Beroleh pimpinan dan hidayah Allah menuju jalan mendapat status “muslih” dan diredhai Allah.
-Sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan Allah.
-Mempunyai daya dan kekuatan memperbaiki diri dan amalan
-Sentiasa berada pada jalan ‘sirat al-Mustaqim’
Sekadar coretan di pagi hari semester baru untuk ingatan diri dan sesiapa yang sudi membaca.
Lailatul Qadar merupakan malam anugerah Allah kepada umat Islam. Ia berlaku dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir menurut hadis. Namun ketepatan harinyanya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Namun demikian, ulama berbahas mengenai tanda-tandanya. Salah satu tanda post Lailatul Qadar ialah pada waktu paginya matahari bersinar dalam keadaan nyaman tidak terlalu terik dan panas cahayanya. Rasional di sebalik kejadian alam tersebut ialah malaikat-malaikat yang turun pada malamnya akan naik ke langit pada waktu pagi, maka sayap-sayapnya melindungi matahari. Pemerhatian penulis pada waktu pagi 21 Ogos 2011 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432H kedapatan tanda-tanda sedemikian. Cahaya matahari seakan-akan dilitupi sehingga kelihatan matahari bergerak dan bergetar dan cahaya sinar terangnya hanya ada pada sekeliling bulatan matahari. Bagaikan fenomena gerhana matahari penuh. Namun ini hanya telahan, hakikat sebenar bila berlakunya hanya Allah yang Maha mengetahui dan barangkali mereka yang mengalami pengalaman rohani pada malam tersebut mampu mengungkapnya dengan lebih yakin…. Hal ini juga bertepatan dengan ramalam ulama bahawa jika awal puasa jatuh pada Hari Isnin, maka malam al-Qadar jatuh pada 21 Ramadhan…..Wallahu ‘alam. (Gambar di atas hanya hiasan)
Cuba baca sedutan artikel di bawah: (lihat ayat bertanda merah)
Bila dan siapa layak peroleh Lailatulqadar
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
Puasa semakin menghampiri tempoh tamatnya bagi 2011…Hari Raya pula bakal menjelma…Ingatlah di sebalik kita berbuka dengan pelbagai aneka juadah…masih ada di dunia, mereka yang kebuluran…
Kebuluran di Somalia merebak ke dua lagi kawasan
NAIROBI 25 Ogos – Krisis kebuluran di Somalia dijangka akan merebak ke dua lagi kawasan di wilayah selatan di negara ini dengan berjuta-juta lagi orang menderita akibat kemarau teruk.
Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mark Bowden berkata, Tengah dan Rendah Juba dijangka akan diisytiharkan sebagai zon kebuluran.
Sebelum ini, PBB telah mengisytiharkan lima kawasan di wilayah Somalia Selatan sebagai zon kebuluran. – AFP
Definisi Ilmu Akhlak
Ilmu akhlak ialah ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum atau prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredaanNya.
Definisi Akhlak Islam
Akhlak Islam pula dapatlah didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang tekah ditetapkan oleh Allah SWT, atau Akhlak itu ialah satu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, manusia dengan alam, malaikat dan jin.
Kedudukan Akhlak Dalam Islam
Akhlak merupakan satu dari tiga komponen asas Islam iaitu Aqidah, Amaliyyah dan Akhlak.
Akidah diibaratkan sebagai akar sebatang pokok manakala ibadah asas sebagai batangnya dan ibadah sunat sebagai ranting-ranting yang melengkapkan ibadah asas yang akhirnya melahirkan akhlak sebagai buahnya.
Berbanding dengan dua komponen yang lain, akhlak ini boleh diibaratkan sebagai buah. Pegangan akidah yang betul dan kuat disertai dengan penghayatan amaliyyah yang komited akan menghasilkan buah akhlak yang manis dan harum, dan begitulah sebaliknya.
Secara bandingannya adalah ertinya sepohon pokok yang gagal menghasilkan buah. Maka bergitulah juga apalah ertinya iman jika tidak mempunyai akhlak yang baik.
RAsulullah SAW ditanya “Apakah al-Din itu? Lalu baginda menjawab al-Din ialah akhlak yang baik”. Dan sabdanya lagi yang bermaksud “Sebaik-baik iman orang mukmin itu ialah yang paling tinggi akhlaknya”. Akhlak mulia ibarat bunga.
Akhlak berkaitan rapat dengan aspek kejiwaan dan dalaman manusia. Aspek dalaman merupakan asas bagi penilaian manusia di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Allah tidak melihat kepada jasad dan harta kamu tetapi Ia melihat kepada amalan dan hati kamu”. Aspek mengenai hati dan yang berkaitan dengannya merupakan bidang dalam ilmu akhlak Islam.
Ciri-Ciri Akhlak Islam
1. BERSIFAT MUTLAK DAN MENYELURUH
Tidak boleh berubah sewenang-wenangnya, mengikut manusia.
Ia digunakan secara saksama kepada semua individu, bangsa, keturunan, dan untuk semua makhluk.
2. LENGKAP DAN SEMPURNA
Ditinjau daripada sudut kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai komponen, akhlak Islam merangkumi semua aspek kemanusiaan iaitu:
- Rohaniah
- Jasmaniah
- Akliah
Sesuai dengan tututan naluri manusia dalam menyekat sifat tercela.
3. SEDERHANA DAN SEIMBANG
Bersifat Sederhana iaitu tidak Membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula dibiarkan bebas sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
4. MENCAKUPI SURUHAN DAN LARANGAN
Perlaksanaan akhlak Islam meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan aspek tersebut.
5. KESEIMBANGAN
Keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara rohaniah, jasmaniah dan akliyyah.
Keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat ang sesuai dengan tabi’i manusia itu sendiri.
Keseimbangan hubungan antara sesama manusia dengan makhluk-makhluk lain.
DIMENSI AKHLAK ISLAMIYYAH
1. HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN RASULNYA
“.. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu orang-orang yang beriman..”
(Surah Al-Anfal, 1)
Harus mencintai Allah dan Rasul melebihi apa pun. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah.
2. AKHLAK DENGAN DIRI SENDIRI
Menuntut manusia memunaikan hak-hak dan tuntutan dirinya sendiri seperti yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T sama ada melalui peraturan syariatNya atau peraturan semulajadi kejadiannya dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.
…dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik..” (Surah Al-Baqarah, 195)
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya bagi dirimu ada ke atas kamu hak, dan bagi ahli keluargamu ada ke atasmu maka tunaikanlah hak bagi setiap yang berhak.
3. AKHLAK DENGAN MANUSIA YANG LAIN.
Dengan Ibu bapa
Tanggungan
Kaum Kerabat.
Jiran Tetangga
Masyarakat
4. AKHLAK DENGAN ALAM
Tidak melakukan pencemaran terhadap alam sekitar dan menjaganya dengan baik.
Alam juga adalah hamba Allah yang sentiasa betibadat kepada ALLAH. FirmanNya.
“..Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun..” (Al-Isra’, 44)
“Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiya’,107)
Pengutusan Rasulullah SAW ke alam ini bertujuan untuk menanamkan kemuliaan akhlak dalam kalangan manusia yang sebelumnya hidup tanpa satu sistem akhlak yang adil, universal dan saksama. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutuskan bertujuan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”.
Disediakan oleh pelajar HIA101
Konsep Akhlak
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk. Read the rest of this entry »
MAQASID SYAR’IYAH DALAM MEMELIHARA AGAMA, NYAWA, AKAL, KETURUNAN, DAN JUGA HARTA
Disediakan oleh: Najihah Binti Mohd Nawi, Suhaira Binti Maktar, Nuramira Binti Sujak, Nur Zahawani Binti Mokhtar, Norhairiah Binti Ahmad.
Penetapan hukum syariah berdasarkan maksud dan tujuan syariah, yakni berdasarkan pertimbangan kemaslahatan. Penekanannya terletak pada upaya menyingkap dan menjelaskan hukum yang dihadapi melalui pertimbangan maslahah. Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia. Setiap perundangan hukum mestilah bertujuan untuk melindungi kepentingan agama, nyawa, akal, keturunan, dan juga harta. Read the rest of this entry »
PENDAHULUAN
Islam merupakan mesej Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia di serata dunia dan di setiap zaman. Berteraskan wahyu melalui dua sumber utamanya yang muqaddas iaitu al- Quran dan al-sunnah islam tetap unggul dan bertahan sepanjang zaman semenjak dari zaman awal kemunculannya sehingga kini. Ini semua kembali kepada tabiat islam itu sendiri yang bersifat dinamik dan mempunyai objektif atau maqasid yang jelas dan bertepatan dengan hidup manusia sejagat. Read the rest of this entry »
Kebanyakan malapetaka sebenarnya berpunca daripada lidah. Ramai sudah telah terbunuh angkara lidah sendiri. Banyak masalah berlaku asal hanya pertikaman lidah sahaja. Jadi, menjaga lidah dan berhati-hati mengatur kata, dapat menyelamatkan seseorang insan dari mendapat kesusahan nantinya.
Kadang-kadang berdiam diri lebih baik menutur banyak kata, sedangkan kata-kata itu hanya menyakitkan hati insan.
نعم (ni’am) adalah kata jamak bagi نعمة (ni’mah). Nikmat-nikmat Allah kepada kita manusia ini terlalu banyak. Dengan berterima kasih kepada-Nya, kita seseolah mengikat nikmat itu agar dia tidak terlepas dari kita. Dalam Al Quran, Allah ada mengingatkan bahawa kalau bersyukur, nikmat akan ditambahkan (surah Ibrahim : ayat 7)







