Seminar Boikot Barangan Yahudi & Amerika

Posted By Dr Nizam on February 25, 2009

Oleh: Dr Mohd Nizam Sahad (USM)
7 Februari 2009 (Sabtu) berlangsungnya Seminar Boikot Barangan Yahudi & Amerika di UniKL, Kulim anjuran Pusat Pengajian Al-Qur’an Roudhotul Jannah. Tema seminar berkisar tentang “Pastikan Produk Islam dan Halal Menjadi Pilihan kita”.
Tiga penceramah menghiasi slot pengisian dengan dimulai oleh Cikgu Azmi, En Azizi dan Dr Roslan. Penulis menjadi pengerusi kepada salah satu slot ceramah. Alhamdulillah seminar ini mampu menarik minat masyarakat untuk menyahut seruan kempen boikot tersebut. Kira-kira 120 orang telah hadir. Sekalung tahniah pada Pengerusi Seminar, Ustaz Abdul Rahim dan urusetianya.
Seminar bermula dengan ceramah Cikgu Azmi, seorang aktivis NGO yang cukup aktif dan baru sahaja pulang dari Gaza.  Berbetulan dengan hal tersebut, banyak pengalaman dan slide gambar yang menginsafkan kita tentang kesengsaraan yang dialami oleh saudara seIslam kita di Palestin. Kesedaran dan keinsafan rasa-rasanya menyelinap masuk dalam sanubari para peserta untuk  menyahut seruan Boikot menurut kadar kemampuan masing-masing. 
Menurut beliau, tanah Gaza yang seluas 41km panjang dan 11km (7km) lebar ini dengan kepadatan penduduk terbesar di dunia iaitu 1.5 juta orang semakin digasak oleh tentera Zionis Yahudi. Kesannya sehingga ke saat ini, rakyat Palestin yang tinggal di bumi Gaza hanya 20 % sahaja, manakala 80 % lagi merempat di seluruh dunia.
Baginya, umat Islam perlu insaf dan sedar atas kekejaman Yahudi dan memboikot keluaran barangan pengguna, barangan makanan, perkhidmatan dan budaya hidup mereka. Lakukanlah walaupun bermula dengan usaha yang sedikit, kerana ia tetap memberi kesan jika dilakukan oleh seluruh umat Islam di dunia. Beliau mengariskan beberapa sebab kenapa kita umat Islam harus memboikot mereka. Persoalan kenapa ini timbul hasil daripada pengalaman sejarah dan perancangan masa depan AS dan Yahudi itu sendiri. Antara sebabnya adalah seperti berikut:
1. Serangan AS ke atas Iraq
2. Serangan zionis Yahudi ke atas Palestin
3. Polisi  AS yang hendak mengawal dunia
4. AS tidak mengiktiraf mahkamah jenayah antarabangsa
5. AS mempunyai industri ketenteraan yang terbesar di dunia
6. Projek Starwars dengan teknologi satelit untuk menguasai dunia
7. AS menghasilkan kesan perang yang berpanjangan.
Bagi Encik Azizi pula, ketua pengarang Akhabar Pengguna CAP, beliau cuba menerapkan kaedah bagaimana  memboikot barangan Yahudi. Baginya, memang sukar dalam keadaan penguasaan barangan pengguna oleh mereka, namun usaha Boikot perlu disahut menurut kemampuan masing-masing. Pengguna juga harus tahu bahawa di sebalik barangan Yahudi tersebut, penuh dengan keburukan terhadap kesihatan manusia. Beliau memberi alternatif produk Islam dan tradisional. Namun bagi penulis ia perlu dikomersialkan dan ditambah nilai.
Bagi Dr Roslan dari USM pula, beliau turut memberi kesedaran dan realiti masyarakat Islam yang harus diperbaiki. Beliau memaparkan sejarah negara Palestin yang semakin terhakis keluasannya akibat rampasan tanah oleh orang Yahudi yang merupakan pendatang asing di bumi Palestin. Bilangan pendatang itu hanya 7 % dari keseluruhan rakyat Palestin pada 1948, namun kebijakan dan kelicikan mereka dan dengan bantuan zionis AS, mereka dapat meluaskan tanah untuk mendirikan negara Israel. Betapa kejinya usaha mereka itu. Kesemua peristiwa ini bermula sejak Persidangan Pertama Zionis pada 29 Ogos 1897 (Basel, Switzerland)dengan matlamat untuk menghancurkan seluruh dunia dan menjadikan manusia-manusia lain sebagai hamba Zionis dan mendirikan pemerintahan Zionis antarabangsa di Baitul Maqdis.
Sebagai tambahan kepada usaha boikot ini, kita harus mengambil kesempatan dari situasi kegawatan ekonomi yang melanda AS dan dunia ini untuk melemahkan mereka. AS mampu ditumpaskan keangkuhan dan keegoan mereka dengan usaha boikot umat Islam. Kita harus menjadikan AS negara yang bertambah-tambah hutang mereka dan ini akan melemahkan mereka untuk menjadi negara kuasa besar. Ramalan Dato’ Syed Othman al-Habshi dalam rancangan Halaqah yang bersiaran pada 8 Februari 2009 di TV9 bahawa AS akan hilang kuasanya dari sudut dolar kepada Yuan, China moga menjadi kenyataan. Dengan itu mereka kurang keupayaan membantu Israel memerangi umat Islam.

©Dr Mohd Nizam bin Sahad, 9/2/2009.

About the author

Dr Nizam

Pensyarah Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia 11800 PULAU PINANG

Comments

Leave a Reply