INGRAW 2009 update
Posted By Dr Nizam on August 18, 2009
Sekali lagi ISDEV menganjurkan The 4th ISDEV International Graduate Workshop 2009 pada 18 & 19 Ogos 2009 di DPU, USM. Tahniah kepada AJK yang menjayakannya dan terima kasih juga kepada ISDEV kerana memberi kepercayaan dan amanah kepada penulis untuk menjadi pengulas kertas kerja. Antara tajuk kertas kerja yang diminta untuk diulas adalah seperti berikut:
- 1. Kaedah Penyelesaian Konflik Aceh Dalam Perspektif Islam oleh Sdr SUKIMAN
-. Kertas kerja ini cuba mengutarakan pandangan berhubung kaedah menangani konflik antara kerajaan pusat dengan rakyat Aceh melalui pendekatan Islam sebagai ganti kepada pendekatan menyelesaikan konflik menurut kaedah Barat.
-Paparan mengenai kronologi konflik di Aceh agak jelas, cuma keadaan konflik selepas pemerintahan Megawati dan konflik semasa seharusnya dijelaskan.
-Kupasan konflik menurut Islam menarik dan boleh dikembangkan berdasarkan tafsir mawdu’iy.
-Kaedah Penyelesaian Konflik Secara Islam dicadangkan diluaskan perbahasannya merangkumi beberapa pandangan sarjana Islam yang lain dalam beberapa rujukan seperti “Adab mengendalikan perbezaan pendapat menurut Islam.” oleh Dato’ Dr Abdullah Md Zain, “Peace and conflict resolution in Islam : precept and practice.” oleh Abdul Aziz Said dan “Managing organizational conflict from Islamic perspective” oleh Suhaili Sarif.
2. Tafsir Mawdu’iy Dalam Kajian Pembangunan Berteraskan Islam: Satu Tinjauan Awal oleh MOHD SHUKRI HANAPI
-Kertas kerja ini baik dalam menggarap landasan teori berhubung jenis-jenis tafsir dan pengenalan mengenai Tafsir Mawdu’iy.
-Langkah-langkah dalam memberi tafsiran secara Mawdu’iy amat jelas.
-Namun demikian, adalah dicadangkan penulis memuatkan satu contoh aplikasi yang jitu berdasarkan langkah demi langkah berhubung Tafsiran Mawdu’iy yang berhubung dengan Pembangunan Berteraskan Islam.
-Dari segi rujukan agak jitu.
3. Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam Dalam Kitab Mukaddimah Ibn Khaldun oleh RADIEH MOHD NOR
-Kertas kerja ini memberi skop yang terarah dengan melihat prinsip pembangunan berteraskan Islam dalam Kitab Mukaddimah karya Ibn Khaldun dengan cuba menjadikan karya Prof Muhammad Syukri Salleh sebagai landasan mengenainya yang telah sedia ada.
-Pengulas agak skeptik dengan pandangan yang mengatakan bahawa Ibn Khaldun tidak menyentuh tentang alam yang telah dan bakal dilalui oleh manusia seperti yang disentuh oleh Prof Muhammad Syukri dalam bukunya. Hal ini kerana, Ibn Khaldun turut membahaskan mengenai epistemologi dan berbahas tentang ilmu metafizik.
-Dalam memperkemaskan unsur Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam menurut Ibn Khaldun, pengulas mendapati ia dihuraikan secara kurang mendalam
- Dari segi rujukan, karya Franz Rosenthal, seharusnya turut diguna. The Muqaddimah, an introduction to history.
- 4. Idealisme Pembangunan Rohani Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh ZALEHA EMBONG
- Kertas kerja ini memaparkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz dalam menyuburkan pembangunan rohani di Kelantan.
-Kertas kerja ini perlu mendefinisikan perkataan idealisme secara jelas kerana perbahasan selanjutnya menimbulkan tanda tanya sama ada kesemua tindakan kerajaan negeri adalah bercorak idealisme yang dikaitkan dengan pembangunan kerohanian? Sekiranya jawapannya, ‘Ya’, maka perlu ada analisis langsung atau ungkapan-ungkapan idealisme yang mengaitkan aktiviti dan usaha kerajaan negeri dengan pembangunan kerohanian.
-Adalah dicadangkan, penulis kertas kerja menggunakan istilah pendekatan bersepadu dengan menghighlightkan unsur kepentingan pembangunan kerohanian di sebalik pembangunan fizikal atau materi.
-Rujukan memadai, namun tiada temubual disenaraikan, walaupun di bahagian nota kaki ada dinyatakan.
Comments
Leave a Reply