Definisi Ilmu Akhlak

Ilmu akhlak ialah ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum atau prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredaanNya.

Definisi Akhlak Islam

Akhlak Islam pula dapatlah didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang tekah ditetapkan oleh Allah SWT, atau Akhlak itu ialah satu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, manusia dengan alam, malaikat dan jin.

Kedudukan Akhlak Dalam Islam

—        Akhlak merupakan satu dari tiga komponen asas Islam iaitu Aqidah, Amaliyyah dan Akhlak.

—        Akidah diibaratkan  sebagai akar sebatang pokok manakala ibadah asas sebagai batangnya dan  ibadah sunat sebagai ranting-ranting yang melengkapkan ibadah asas yang akhirnya melahirkan akhlak sebagai buahnya.

—        Berbanding dengan dua komponen yang lain, akhlak ini boleh diibaratkan sebagai buah.  Pegangan akidah yang betul dan kuat disertai dengan penghayatan amaliyyah yang komited akan menghasilkan buah akhlak yang manis dan harum, dan begitulah sebaliknya.

—        Secara bandingannya adalah ertinya sepohon pokok yang gagal menghasilkan buah. Maka bergitulah juga apalah ertinya iman jika tidak mempunyai akhlak yang baik. 

—        RAsulullah SAW ditanya “Apakah al-Din itu?  Lalu baginda menjawab al-Din ialah akhlak yang baik”.  Dan sabdanya lagi yang bermaksud “Sebaik-baik iman orang mukmin itu ialah yang paling tinggi akhlaknya”. Akhlak mulia ibarat bunga.

—        Akhlak berkaitan rapat dengan aspek kejiwaan dan dalaman manusia.  Aspek dalaman merupakan asas bagi penilaian manusia di sisi Allah SWT. 

—        Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Allah tidak melihat kepada jasad dan harta kamu tetapi Ia melihat kepada amalan dan hati kamu”.  Aspek mengenai hati dan yang berkaitan dengannya merupakan bidang dalam ilmu akhlak Islam.

Ciri-Ciri Akhlak Islam

1. BERSIFAT MUTLAK DAN MENYELURUH

—        Tidak boleh berubah sewenang-wenangnya, mengikut manusia.

—        Ia digunakan secara saksama kepada semua individu, bangsa, keturunan, dan untuk semua makhluk.

2. LENGKAP DAN SEMPURNA

—        Ditinjau daripada sudut kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai  komponen, akhlak Islam merangkumi semua aspek kemanusiaan iaitu:

  • Rohaniah
  • Jasmaniah
  • Akliah

—        Sesuai dengan tututan naluri manusia dalam menyekat sifat tercela.

3. SEDERHANA DAN SEIMBANG

—        Bersifat Sederhana iaitu tidak Membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula dibiarkan bebas sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.

4. MENCAKUPI SURUHAN DAN LARANGAN

—        Perlaksanaan akhlak Islam  meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan aspek tersebut.

5. KESEIMBANGAN

—        Keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara rohaniah, jasmaniah dan akliyyah.

—        Keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat ang sesuai dengan tabi’i manusia itu sendiri.

—        Keseimbangan hubungan antara sesama manusia dengan makhluk-makhluk lain.

 

DIMENSI AKHLAK ISLAMIYYAH

1. HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN RASULNYA

—  “.. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu orang-orang yang beriman..”

(Surah Al-Anfal, 1)

—  Harus mencintai Allah dan Rasul melebihi apa pun. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah.

2. AKHLAK DENGAN DIRI SENDIRI

—        Menuntut manusia memunaikan hak-hak dan tuntutan dirinya sendiri seperti yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T sama ada melalui peraturan syariatNya atau peraturan semulajadi kejadiannya dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

—        …dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik..” (Surah Al-Baqarah, 195)

—        Sabda Rasulullah S.A.W:

—        “Sesungguhnya bagi dirimu ada ke atas kamu hak, dan bagi ahli keluargamu ada ke atasmu maka tunaikanlah hak bagi setiap yang berhak.

3. AKHLAK DENGAN MANUSIA YANG LAIN.

—        Dengan Ibu bapa

—        Tanggungan

—        Kaum Kerabat.

—        Jiran Tetangga

—        Masyarakat

—        4. AKHLAK DENGAN ALAM

—        Tidak melakukan pencemaran terhadap alam sekitar dan menjaganya dengan baik.

—        Alam juga adalah hamba Allah yang sentiasa betibadat kepada ALLAH. FirmanNya.

“..Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun..” (Al-Isra’, 44)

—        “Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiya’,107)

—        Pengutusan Rasulullah SAW ke alam ini bertujuan untuk menanamkan kemuliaan akhlak dalam kalangan manusia yang sebelumnya hidup tanpa satu sistem akhlak yang adil, universal dan saksama.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutuskan bertujuan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”.

Leave a Reply